Hadis Keempat - Peringkat Kejadian Insan dan Kesudahannya

Hadis Keempat

Peringkat Kejadian Insan dan kesudahannya

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.

Maksudnya:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Al-lmam Muslim

Penerangan:

1. Nabi S.A.W menyebut peringkat kejadian janin di dalam perut seseorang ibu yang melalui tiga peringkat. 40 hari pertama berupa setitis air mani. 40 hari kedua menjadi segumpal darah. 40 hari ketiga menjadi seketul daging.

2. Ruh ditiupkan selepas empat bulan. Jika janin gugur selepas empat bulan, ia mestilah dimandikan, di kafankan, disembahyangkan dan dikuburkan di kaswasan perkuburan orang islam. Haram dengan sengaja menggugurkan janin.

3. Malaikat ditugaskan meniup ruh kepada janin.

4. Wajib beriman dengan qadha dan qadar Allah:Ia merangkumi empat tahap:-

> Ilmu: Allah S.W.T mengetahui segala sesuatu.

> Catatan: Allah S.W.T telah mencatatkan di Luh Mahfuz ketentuan segala sesuatu.

> Kemahuan: Tiada suatu apa pun yang berlaku di langit dan di bumi melainkan dengan kemahuan Allah S.W.T.

> Penciptaan: Segala sesuatu di langit dan bumi diciptakan Allah.

5. Gesaan memperbanyakkan amalan soleh kerana manusia tidak tahu bila ajalnya tiba.

6. Bertawakkal dan berserah kepada Allah tanpa perlu khuatir kepada kefakiran kerana rezki telah ditetapkan.

7. Hidup manusia terbahagi kepada dua kategori, iaitu celaka atau bahagia.

8. Berwaspada daripada kesudahan yang buruk (su'ul khatimah). Untuk itu wajib bagi setiap muslim membersihkan batinnya sepertimana ia bersingguh-sungguh membersihkan zahirnya.

9. Perlu berwaspada daripada maksiat dan dosa, khususnya yang tersembunyi. Perlu juga berwaspada daripada terpedaya dengan amalan sendiri.

10. Syurga dan neraka adalah hampir terhadap seseorang hamba.

Search site

© 2009 All rights reserved.